Monday, February 22, 2016

Jika ditanya bagaimana mahu mencintainya




Jika ditanya bagaimana cara aku mahu mencintainya...
akanku pastikan senyuman mekar dibibirnya.
Takkan sekali-kali kubiarkan dia menangisi harinya.
Akanku warnai pandangannya dengan salji putih.
Akanku kutip setiap bintang dilangit supaya menerangi malamnya.
Supaya tiada lagi ketakutan malam menghantuinya.
Tiada lagi wajah-wajah hodoh mengganggu tidurnya.
Tanpa ditemani kepekatan malam hitam yang merimaskan.
Hanya sinaran berlian berkedip menemani tidurnya.
Akanku lebarkan sayap malaikat buat hamparan tidurnya
dan awan gemawan memeluknya, lembut.
Apabila dia membuka mata dari tidurnya akan terlihat kehijauan..
terdengar burung bersiulan menyanyikan lagu cinta.
Merasa derasnya air terjun menyelimuti tubuhnya.
Juga, menghidu wangian bunga hutan.
Melihat cerahnya mentari dan birunya langit.
Kopi susu sejuk dan anggur hitam itu akan tersedia buat santapan.
Sampan yang berdayung sedia mengiringinya.
Ya, juga setangkai bunga biru buat kesayanganku.




Tuesday, February 9, 2016

Awan hitam



Bagaimana wajahnya?
Mungkinkah aku sudah mula melupakan?
Wajah itu hilang bersama puntung rokok dan pemetik api.
Ya, aku sememangnya sudah tidak mengingati rupa wajahnya.
Mujurlah aku masih dapat melihat awan.
Awan yang bertiup itu mula mewujudkan perasaan ketagihan lama.
Kerana, di setiap kalinya ia mencipta kepuasan dan kedamaian.
Tetapi akhirnya kepuasan itu bersifat sementara.
Awan biru mula bertukar lagi menjadi hitam
Dan, apabila awan hitam dipukul angin hatiku turut berubah.
Tiada lagi keterujaan. Tiada lagi kegembiraan.
Ia seolah memberi gambaran kesengsaraan dan kedukaan.
Aku cuba untuk mengisi kekosongan emosi dengan satu perkara yang nyata.
Perkara itu hampir membuatkan aku lupa bagaimana untuk menikmati keseronokan hidup. Diri,
nikmatilah setiap pengalaman positif untuk pastikan senyuman tahan dengan lebih lama.
Dan..aku sentiasa berpesan pada diri,
tidak ada gunanya memiliki lebih daripada apa yang kita sudah ada.