Thursday, January 28, 2016

Suaramu



Daun kering jatuh ke bumi
berputaran merantai masa
laut yang dulunya menyapa mesra
kini kering membentuk daratan gersang.
Kau terbelenggu cerita tentang penjahat-penjahat disekelilingku
Apa kau masih tak sedar, aku juga penjahat?
Ya, akulah penjahat!
Dan kau, manusia malaikat yang tak pernah melaku dosa.
Aku mahu kau tahu
aku hanya mahu bergaulan dengan mereka.
mereka-mereka, si penjahat yang sering kau anjingkan!
Kita sememangnya berbeza.
Aku si penjahat ini melanggar janjiku
aku tidak akan pernah mampu menggenggam tanganmu di dunia penuh dosa
Sebelum kau nyah dari duniaku, kemari!
Aku mahu dengar suaramu.
Bisikan itu akan menjadi azimat
Ya! bekalan untuk aku terbang ke langit biru selepas berdepan azab neraka.
Aku mahu mendengar lagi suara itu
Suara yang mengembalikan
ketenanganku.