Thursday, December 22, 2016

Teh Di Musim Sejuk Menggila



Topeng seni yang selari dalam mimpi.
Di pergunungan itu adalah tinggi dan tempat miskin yang terpencil.
Terdapat kebodohan orang-orang yang tidak dapat berfikir apa-apa selain dari mahu memanaskan badan.
Di pertengahan musim sejuk yang menggila.
Apa yang terfikir hanyalah daun teh.
Ya, menyediakan teh yang tidak seberapa untuk memanaskan tubuhmu.
Teh bagi malam yang maha dahsyat untuk menghindarkan kesejukan itu.
Musim sejuk adalah satu perkara yang menakjubkan.
Dan teh itu begitu harum dan indah.
Kesemua mereka berkongsi bau dan rasa dari teh yang sama.
Aku dengan senang hati memberikan mereka biji benih teh itu.
Orang aneh berterima kasih.
Perempuan aneh dan misteri pulang.
Wanita bongkak dan celupar juga pulang.
Sejurus, lelaki pelik dan jelik sifatnya turut mengucapkan selamat.
Dia telah meninggalkan jejak bersama sinar cahaya di matanya.

Saturday, October 22, 2016

Habiskan hidup dengan kesunyian



Terbang dengan sayap ini
membuatkan aku sakit dan menderita
Semakin ia mengibas
kesakitan itu tidak akan pernah berhenti
Adakalanya muncul sedikit kegembiraan,
tatkala terlihatkan indahnya gunung yang diliputi salji
Ya, setiap satunya punya cerita
Mari saja kita habiskan hidup ini dengan lebih banyak kesunyian
tanpa hiruk pikuk kota,
tanpa ngauman kereta,
tanpa debu dan darah kotor.


Friday, May 6, 2016

Di Malam Gelap Selepas Hujan

Meninggalkan langit pada waktu malam gelap selepas hujan.
Kelihatan limpahan di antara air terjun dan bulan penuh di belakangmu.
Terlihatkah kau Moonbow yang mempamerkan keserian warnanya yang cantik?


Tuhan, Izinkan Waktu Menyebelahiku Lagi

Ketika diri sedang bergelut dengan kesakitan
Tiada lain yang terlintas hanyalah kematian.
Biarpun masih dapat melihat awan itu...
Biarpun birunya langit itu...
namun ia adalah biru yang tidak sama dengan semalam.
Terasa hari yang bersisa tidak lagi selalu menyebelahiku
Benar masih banyak perkara tidak dapat kusempurnakan.
Apatah lagi untuk terbang di langit tinggi menggapai cita-cita.
Tuhan, jika masih ada waktuku izinkanlah ia menyebelahiku lagi.

Sunday, April 24, 2016

Yang Sentiasa Cerah

Menantikan cuaca baik
Kelihatan di sebalik gunung
hanyalah hitam pekat dan merah berjelaga
Menunggu cuaca baik.
Malam terang, tetapi bukanlah malam sempurna.
Terdapat kemungkinan sangat terhad untuk di lakukan di sini.
Mungkin juga ia adalah satu malam terbaikku sejak tahun lalu.
Malam terbaik untuk melihat Bima Sakti.
Sesuatu yang mengagumkan
Seolah-olahnya meteor terbakar turut kelihatan.
Memerangkapku terus ke dalam Bima Sakti.
Di penghujung musim panas.
Kejahatan sebenar hilang disebalik awan kelam.
Bolehkah kita lakukan sesuatu yang salah untuk alasan yang tepat?
Bernafas terus bernafas.
Mencari cerah yang hilang.
Melangkah sehingga lenyap bersama kepekatan malam
yang menghimpit hanyalah tanah kedap.

Thursday, March 31, 2016

Cinta Larangan



Berjalan di kegelapan malam
Tiada lagi angin yang mendamaikan
Tiada lagi lautan biru yang menenangkan.
Arus deras membawa pergi kenangan rahsiaku.
Sebuah kisah cinta terlarang antara kau dan aku.
Biarpun kenangan hitam sepurnama seringkali mengusik aku.
Rasa itu tidak dapat ku ungkapkan kepada sesiapapun.
Dengan helaan nafas ini aku berjanji tidak membina syurga dari lumuran darah itu.
Ya, biarkannya di situ.
Kau..ya kau akan tetap menjadi pilihanku.
Biarpun ditanya untuk ke sepuluh ribu kalinya.
Biarpun ditanya mengapa untuk ke sejuta kalinya.
Walau aku tidak punya jawapan...
kau dan kau...
tetap terpahat dalam jantungku.

Sunday, February 21, 2016

Jika ditanya bagaimana mahu mencintainya




Jika ditanya bagaimana cara aku mahu mencintainya...
akanku pastikan senyuman mekar dibibirnya.
Takkan sekali-kali kubiarkan dia menangisi harinya.
Akanku warnai pandangannya dengan salji putih.
Akanku kutip setiap bintang dilangit supaya menerangi malamnya.
Supaya tiada lagi ketakutan malam menghantuinya.
Tiada lagi wajah-wajah hodoh mengganggu tidurnya.
Tanpa ditemani kepekatan malam hitam yang merimaskan.
Hanya sinaran berlian berkedip menemani tidurnya.
Akanku lebarkan sayap malaikat buat hamparan tidurnya
dan awan gemawan memeluknya, lembut.
Apabila dia membuka mata dari tidurnya akan terlihat kehijauan..
terdengar burung bersiulan menyanyikan lagu cinta.
Merasa derasnya air terjun menyelimuti tubuhnya.
Juga, menghidu wangian bunga hutan.
Melihat cerahnya mentari dan birunya langit.
Kopi susu sejuk dan anggur hitam itu akan tersedia buat santapan.
Sampan yang berdayung sedia mengiringinya.
Ya, juga setangkai bunga biru buat kesayanganku.




Monday, February 8, 2016

Awan hitam



Bagaimana wajahnya?
Mungkinkah aku sudah mula melupakan?
Wajah itu hilang bersama puntung rokok dan pemetik api.
Ya, aku sememangnya sudah tidak mengingati rupa wajahnya.
Mujurlah aku masih dapat melihat awan.
Awan yang bertiup itu mula mewujudkan perasaan ketagihan lama.
Kerana, di setiap kalinya ia mencipta kepuasan dan kedamaian.
Tetapi akhirnya kepuasan itu bersifat sementara.
Awan biru mula bertukar lagi menjadi hitam
Dan, apabila awan hitam dipukul angin hatiku turut berubah.
Tiada lagi keterujaan. Tiada lagi kegembiraan.
Ia seolah memberi gambaran kesengsaraan dan kedukaan.
Aku cuba untuk mengisi kekosongan emosi dengan satu perkara yang nyata.
Perkara itu hampir membuatkan aku lupa bagaimana untuk menikmati keseronokan hidup. Diri,
nikmatilah setiap pengalaman positif untuk pastikan senyuman tahan dengan lebih lama.
Dan..aku sentiasa berpesan pada diri,
tidak ada gunanya memiliki lebih daripada apa yang kita sudah ada. 

Thursday, January 28, 2016

Suaramu



Daun kering jatuh ke bumi
berputaran merantai masa
laut yang dulunya menyapa mesra
kini kering membentuk daratan gersang.
Kau terbelenggu cerita tentang penjahat-penjahat disekelilingku
Apa kau masih tak sedar, aku juga penjahat?
Ya, akulah penjahat!
Dan kau, manusia malaikat yang tak pernah melaku dosa.
Aku mahu kau tahu
aku hanya mahu bergaulan dengan mereka.
mereka-mereka, si penjahat yang sering kau anjingkan!
Kita sememangnya berbeza.
Aku si penjahat ini melanggar janjiku
aku tidak akan pernah mampu menggenggam tanganmu di dunia penuh dosa
Sebelum kau nyah dari duniaku, kemari!
Aku mahu dengar suaramu.
Bisikan itu akan menjadi azimat
Ya! bekalan untuk aku terbang ke langit biru selepas berdepan azab neraka.
Aku mahu mendengar lagi suara itu
Suara yang mengembalikan
ketenanganku.