Wednesday, November 11, 2015

Ku mohon

Wahai Allah.
Ku mohon...
bersihkanlah,
keluarkanlah,
musnahkanlah,
binasakanlah,
hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, pleset, hantu raya, saka, badi manusia, badi binatang, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diriku.
Ampunilah dosa-dosaku. Amin, Ya rabb.


LAILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH.


Tuesday, November 10, 2015

Kudengar jantungmu



Bernafas dalam udara yang sama di tempat yang sama.
Aku masih ingat banyak perkara.
Menghabiskan masa duka.
Ia sudah lama ku buang jauh.
Hanya mengambil ingatan yang baik.
Kita gembira setiap masa.
Membentuk hubungan.
Pertemuan.
Sekali lagi, jatuh cinta.
Kemudian, berkahwin dengan orang yang kamu benar-benar taksub dengannya.
Oh, itu sememangnya impian semua manusia.
Malam ini, melagu kesunyian yang janggal.
Kita bersama-sama mengejar cahaya malam.
Hasratku adalah satu.
Simbol cinta.
Sumpah dan airmata.
Jantung yang melakar namamu.
Bersama cahaya yang memenuhi langit.
Tanpa pudar ia bersinar setiap masa.
Lembayung rimbun menutupi jalan.
Memberi laluan teduhan buat kita.
Segalanya berwarna seperti pelangi.
Beritahu aku bila tiba musim ini.
Musim yang dapat mengubah perasaan kita.
Aku mahu selamanya begini.
Menikmati harum udara bunga.
Tidak mahu masa ini berlalu.
Aku mahu lagi disini.
Melihat matamu.
Mata yang punya syurga.
Menatap senyumanmu yang mekar di langit.
Seperti matahari emas yang bercahaya.
Aku mahu masa berhenti selama-lamanya.
Mengikat jiwa kita bersama-sama.
Berjalan bersama-sama melalui kehidupan.
Kudengar jantungmu membisikkan rasa.
Bagaikan kuasa angin yang terus bertiup mengalun kaut, membuai rasa.
Seperti wangian bunga meniup dunia membawa ke angin di musim luruh.
Dan, hijau yang mencipta rasa kedamaian yang pernah hilang.

Equus


Bulan baru.
Bunga tumbuh memerahi tanah.
Kucuba dongak ke langit.
Biarpun biru tidak berawan.
Sudahpun menjadi aturan tuhan.
Aku melihat jauh ke dalam mata kuda liar.
Mata yang bercahaya.
Mendamai seketika biarpun ada hitam menabiri.
Oh tuhan jika ini takdir.
Buka semula daun pintu.
Biarkan hangat darah menembusi relung jiwa.
Biarkan menjadi teman dampingan.
Tindan kait jantungku, jantungmu.
Kita di lautan bergelombang.
bot laju yang tidak tahu penghujungnya.
Menyerah segalanya padaMu.
Sehingga diam kaku, tubuhku.

Saturday, November 7, 2015

My Destiny



I just been blindly accepting.
With nobody lifting a finger, that the spirit wrapped up in the kindness of people.
Your smile is the most important thing to me.
If I said that I like you then there's a feeling that something would end.
I started feeling uneasy after knowing a lot of people.
Just walk and keep walking on my own feet.
There's no difference between good and bad feeling.
Like you can't move forward without using your own feet.
A path swaying in the wind.
Hitting that wall prove's you're progressing forward.
It's like a wall you have to get the next stage.
You will be swallowed by the burden in you heart.
Oh this winter.
The beautiful season.
I'm just waiting for flowers to bloom.
Good things are always beautiful.
The train heads towards an unknown destination.
Depends of my destiny.
Yes, there's happiness and sadness.