Saturday, July 19, 2014

Monolog qiam




Qiam. Masih diberi peluang bersujud di ramadhan yang bersisa.Tatkala itu.. pemikiran serakahku masih galak berfikir apa balasan yang diterima dari laku pengibadahan! Ah! Manusia memang begitu mengharap balasan. Aku?? Kau?? Balasan itulah yang kita selalu fikirkan. Dan inilah penyakit hati bagi manusia yang bukan benar benar zuhud pada tuhannya! Sedang ramai yang terlupa, lupa hanya Allah yang berhak memutuskan perkara pembalasan itu. Malah yang sedar hanya bilangan sedikit sahaja (agamawan) yang sudah mencapai tahap sahabat para wali. Namun ada juga yang menilai diri sendiri itu baik selain dari Allah yang memutuskannya. (Subhanallah!!!) Allah Maha Mengetahui! Ya aku dan banyak mereka terlupa...Kita hanya perlu ikhlaskan hati untuk mendapat kemanisan iman sebenar dan kewajipan yang tidak membutuhkan balasan! Ya Allah...maafkan segala lakuku menerjah keserakahan pembalasan dariMu. Ya Allah!!! Malu aku malu untuk bermohon padaMu. Walau aku tahu tidak layak untuk bermohon padaMu dengan segala apa yang telahku lakukan sehari-hari ini, namun aku cuma ada kamu. Ya! hanya padaMu satu satunya tempatku menadah dan bermohon. Kerana sifatmu itu maha pemurah lagi mengasihani. Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini dan aku sememangnya mahu jalani ramadhan lagi, kerana bekalanku belum cukup! Belum cukup!