Sunday, November 23, 2014

Nikmat kursi

La ila ha illallahuwal haiyul qaiyum. Al Haiyu telah memberikan aku masa untuk menunaikan kewajipanku beribadah padaNya. Dia...Al Qaiyum telah meminjamkan segalanya untuk aku merasa kenikmatan hidup di dunia ini. Dia jugalah...Al Azim yang menganugerahkan darjah kebesaran dan menjinakkan hati manusia yang sentiasa berdoa memohon pertolongan dan petunjukNya. Ya! Dialah Al Wadud pemberi kasih sayang.. sesungguhnya Dia, Allahula ila hailla huwa... Allah yang Maha penyayang!

Sunday, November 16, 2014

Bonjour Paris!






“Oooo... Chans de lise... Oooo... Chans de lise...,”tentu saja ramai yang turut menyanyi kecil apabila mendengar lagu rakyat Perancis nyanyian Joe Dassin yang menggambarkan keunikan Kota Paris. Malah, tentunya tidak lengkap sekiranya saya tidak menulis perkataan yang gemar diungkapkan oleh orang di sana bagi meraikan pertemuan iaitu ‘Bonjour Ssap Sari Wah Yo! Dimana ia bermaksud aku sangat gembira berjumpa dengan kamu. Itulah yang menariknya tentang Paris. 


Pertanyaan yang mungkin sebilangan dari kita dapat menjawab, mengapa memilih Kota Paris, Perancis sebagai destinasi percutian. Malah, pertanyaan yang boleh dijawab dengan mudah. Ya, pengalaman yang pastinya memahat kenangan pada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di ibu kota negara Perancis yang sememangnya amat popular di dunia ini.


Bahkan, rata-ratanya berpandangan ia adalah merupakan kota yang sangat menakjubkan berbanding kota lain di dunia. Apa tidaknya, kebanyakan daripada mereka akan memberikan pandangan yang hampir sama. Dan apabila sebahagiannya mendengar sahaja nama Kota Paris, mereka akan memikirkan keunikan menara Eiffel. 


Biarpun kebanyakan masyarakat yang masih belum pernah berkunjung ke sini sudah jatuh cinta dengan keunikannya melalui perkhabaran daripada mereka yang pernah melewatinya. Ini kerana bumi yang dikenali sebagai ‘Kota Cinta’ ini turut mempunyai unsur sejarah dalam pembinaannya yang sangat berseni. Bermula dari orangnya, fesyen mereka, bahasa mereka, macam mana mereka mengekspresikan kesenian mereka kesemuanya, sungguh menakjubkan!


Malah, ramai yang mengabadikan kenangan mereka melalui ‘photo book’ masing-masing. Sepertinya ia menjadi lawatan dengan foto yang bakal dikemaskini dan diabadikan seumur hidup. Ia dapat dilihat dalam jangkamasa yang lama. Dan, sudah semestinya saya memilih Paris bagi catatan penjalanan menerusi entri saya pada kali ini.

Setelah hampir 15 jam menaiki pesawat ke Perancis dan melalui perjalanan yang meletihkan, aku bersama rombongan tiba di lapangan terbang Paris Charles de Gaulle, dimana sebelumnya aku telah transit di Doha selama 3 jam. Sesampai sahaja di kota itu, saya terus teruja. Berbagai reaksi juga aku lihat daripada rombongan apabila sampai di kota yang terletak di sungai Seine, sebelah utara ini.

Dari lapangan terbang ke Stesen Gare du Nord aku dan rombongan melewati sembilan buah stesen untuk sampai ke destinasi dengan tiket yang berharga 9.50 euro atau RM41.80 seorang. 

Malam itu, aku dan rombongan seramai 10 orang kemudiannya terus ke hotel penginapan selepas meletakkan bagasi dan membersihkan diri. Kami kemudiannya turun untuk bersiaran di sepanjang deretan butik di kota Paris. 


Dengan membeli tiket bas dan tren bagi kegunaan sehari di kota itu yang berharga 6.90 euro atau RM30.35, di lapangan terbang sebelum itu, kami dapat melewati kawasan kota dengan mudah dan selamat.


Melihat ketahanan senibanya amat menakjubkan dan aku sungguh berbangga dengan rakyat Perancis apabila berada di ‘Region Paris’ yang nyatanya mengikut sejarah senibina, ia tidak pernah berubah sejak tahun 1860.


Dengan memiliki perkiraan penduduk hampir 9.93 juta ini, ia menjadi tarikan pelancong yang lebih 30 juta pengunjung di kota ini pada setiap tahun.


Apa yang lebih menariknya, percutian pada akhir musim luruh ini menyaksikan pohon-pohonnya yang beruguran dan ditiup angin kencang di setiap waktu. Ia terasa sungguh nyaman. Pada malam ini juga, anginnya turut bertiup kencang perasaannya ia seperti berada di Korea pada waktu malam.


Hampir 10 tempat menarik yang mesti dikunjungi rombongan aku di kota ini termasuklah menara Eiffel, Arc De Triomphe, Museum Rodin, The Louvre,  The Opera House, Champ Elysees (Chan De lise), Picasso Montmartre, Notre Dame, the Latin Quarter, The Invalides, The Marais, Central.


Rombongan kami mula menjejaki destinasi pertama dan tentunya menara Eiffel kerana ia cukup indah pada waktu malam. Bangunan ‘sementara’ rancangan Gustave Eiffel untuk Pameran Universal pada tahun 1889 ini tidak pernah dibongkar dan sehingga kini, ia menjadi simbol keindahan Paris. 


Berbekalkan makanan yang masih bersisa (iaitu roti sandwich) sebelum keluar daripada hotel, kami sampai di menara Eiffel hampir jam 11 malam. 


Dan rombongan kami amat bertuah apabila diberitahu ada satu jam lagi untuk kami menikmati lampu yang dipasang pada menara Eiffel itu sebelum pihak yang bertanggungjawab menutupnya. 

Apa yang dikhabarkan kepadaku, mereka akan mempersembahkan keindahan lampu di menara Eiffle pada jam 9,10,11, dan 12. Dan ketika itulah lautan manusia membanjiri malam-malam di setiap kawasan taman tersebut, iaitu di perkarangan menara. 

Aku juga melihat kebanyakan dari pelancong ramai yang melakukan akiviti bebas mereka. Kebanyakannya tentulah pasangan bercinta yang mahu mengabadikan kenangan mereka di sini. Kelihatan juga rombongan dari negara lain yang sangat takjub dan mengambil gambar pada setiap saat mereka di sana.


Ya, aku turut mengakuinya. Menara Eiffel pada malam itu sungguh indah. Kebiasaannya saya hanya lihat di majalah dan video tapi apabila melihatnya dengan mata sendiri secara langsung ia lebih menakjubkan. 

Ia lebih tinggi berbanding apa yang aku fikirkan sebelum ini tentang ketinggiannya. Perasaanku pada ketika itu seperti mahu pergi ke tingkat yang paling atas menara itu. Namun ia perkara mustahil. 

Ia sangat berkilauan. Walaupun aku masih belum berkesempatan pergi ke Negara eropah untuk melihat menaranya, namun, menurut pandangan saya menara Eiffel merupakan menara yang paling hebat pernahku lihat. Lampunya bergemerlapan mampu  menyinari kota itu walaupun di lihat dari jarak jauh.


Selepas mengabadikan beberapa foto dan melihat kerlipan lampu di menara Eiffel yang bersinar seperti berlian itu, aku bersama tiga rakan dan menemani seorang rakan yang bukan Islam untuk menikmati minuman di sebuah café minuman di sana. Dari jauh nampak Menara Eiffel dan ia sungguh menarik hati aku terfikir kegeniusan pereka menara Eiffel ini. Ya, berjalan sambil menikmatinya.


Dalam perjalanan kami melihat banyak kedai sekitar menara Eiffel. Harganya boleh dikatakan agak mahal. Jadi kami memutuskan tidak membeli sebarang cenderahati pada malam itu.

Aku dan beberapa rakan rombongan hanya bertujuan mahu mencari tempat duduk untuk melihat keunikan kota pada malam itu. Kami memilih untuk duduk di luar sebuah café berdekatan. Apa yang menarik perhatianku rata-rata pelajar dari bangsa Jepun dan Korea tidak mahu duduk di luar café tersebut. Mereka hanya menikmati kopi mereka di dalam café. 


Sambil memerhatikan beberapa gelagat, aku kemudiannya memesan kopi untuk rakan saya bernama Jun.


Saya menyebut, “Ang Caffe See Feu Bleau” menyuarakan hasrat sambil tersenyum. Ia bermaksud tolong berikan saya secawan kopi dan pelayan itu membalas senyuman dan terus menganggukkan kepalanya.


Selang beberapa ketika aku terdengar perkataan yang sama di meja sebelah. Rupa-rupanya bukan aku sahaja yang memesan dengan menyebutkan perkataan dalam bahasa Perancis, malah ada beberapa pelancong dari China turut menyampaikan bahasa perbualan harian itu.  

Aku tersenyum dan mendengar lagi pesanan lain dalam bahasa Perancis di beberapa meja lain yang berhampiran. Adakalanya, sebahagian daripada mereka akan berdepan dengan kesalahan sebutan, namun ia tidak membuatkan mereka berasa malu, kerana masyarakat di Kota Paris sangat terbuka dan akan membetulkan semula sebutan tersebut.


Aku percaya, rata-ratanya yang menjejakkan kaki ke Paris akan belajar cara sebutan perbualan harian negara itu sebelum mereka berangkat dan ia turut berlaku kepada aku. Ini kerana sebelumnya, aku mendapat tahu masyarakat di Paris, kurang melayani pelancong yang bertanya dalam bahasa Inggeris, dan lebih menghormati jika kita bercakap dalam bahasa mereka. Malah, apa yang lebih menghairankan mereka lebih mengasihani kita jika tersesat atau mencari arah, dengan hanya menggunakan bahasa ibunda kita (Melayu).

Perkara itu nyata bukan sesuatu yang asing di kalangan pelancong yang melancong di sini dan pastinya, kebanyakan mereka yang mempunyai inisiatif untuk mempelajari bahasa perbualan Paris adalah kerana bahasanya cukup sukar untuk dipelajari. Tambahan pula memerlukan sebutan yang tepat dan jelas.  

Selesai melihat dan berbual dengan beberapa rakan lain, aku kemudiannya diberikan bil. Terkejut aku melihat bilnya yang sangat mahal. Aku bertanya mengapa harga secawan kopi sangat mahal. Menurut mereka, ia bukan merujuk kepada kopi tetapi yang paling mengejutkan, mereka telah mengecaj setiap tempat duduk mengikut kadar harga yang berlainan. Contohnya, kadar tempat duduk di sebelah luar adalah lebih mahal dan kawasan di dalam café adalah lebih murah. Pada waktu itu, barulah aku faham mengapa pelajar-pelajar itu menikmati kopi dan memenuhkan kawasan di dalam café tersebut. Inilah yang membezakan café di Paris jika dibandingkan dengan kota moden yang lain.

Selesai sahaja keluar dari café itu, kami memutuskan untuk mencari makanan halal walaupun ia agak sukar. Menurut kenalanku yang sudah berpengalaman, di Paris mosque makanannya agak mahal, dan dia mengesyorkan supaya aku ke lorong belakang berhampiran pusat beli belah Galleries La Fayette. Di kawasan itu, terdapat kedai halal warga Algeria iaitu La Cuisine Du Moulin. Disitu kami menjamu selera sebelum ke stesen MRT berdekatan untuk pulang ke Hotel.

Di hotel kami tidur awal selepas menikmati kopi segera yang dibekalkan dari Kuala Lumpur. Maklumlah, di café itu kami tidak menikmatinya dan hanya meneguk mineral yang berharga 2 euro atau RM8.80 sahaja, kerana kekuathiran terhadap kandungan campuran kopinya yang tidak halal.

Pagi itu, rakanku Jun hendak ke sebuah restoran untuk menikmati siput perisa cili yang paling popular di sana. Katanya, makanan juga merupakan satu-satunya yang mencirikan budaya sesebuah Negara, jadi dia mahu menikmati siput lembut yang manis, jantung angsa, itik panggang dan roti krim yang dibakar. Dimana kesemua yang aku sebutkan itu merupakan diantara makanan ruji dan istimewa masyarakat Perancis. Namun, oleh kerana berbagai makanan yang aku sebutkan itu mngandungi campuran yang tidak halal, aku membiarkan sahaja agenda Jun.
Pagi itu, kami hanya melewati restoran Islam di sana. Restoran yang diberi nama…dan aku makan ala kadar sahaja, kerana bimbang bayarannya mahal. Mujurlah kami dapat menahan lapar yang padaku dikira masih tidak 'kebuluran'.

Kami kemudiannya melewati kedai cenderahati dan membeli barangan seperti selipar atau keychain yang menjadi kegemaran bagi mereka yang berkunjung di sini. Dan, objektif terbesar kami adalah melihat Bandar ini melalui perspektifnya dan jika kita melihat sekeliling ibu kotanya, bumi ini kelihatan seperti Republik Czech, tetapi apabila diamati semula ia tetap mempunyai perbezaannya. Dan sungai yang berada di tengah kota itu tetap menjadi tarikan pengunjung seluruh dunia.


Disini, walaupun bandarnya tenang dan senyap, namun orangnya bergerak cepat. Ia sepertinya mereka mempunyai agenda penting tetapi bukan begitu. Mereka sebenarnya tidak sesibuk yang kita lihat. 

Mereka bukan bangsa seperti Jepun yang sememangnya sentiasa mengejar masa. Dan ia sesuatu yang menarik perhatianku. Terlintas difikiranku, adakah mereka begini sebelum ini? ia membuatkan aku berfikir sejenak. Namun, aku sangat sukakan suasana ini. 

Bangunan-bangunan juga kelihatan seperti memakai uniform. Ia tidak terlalu tinggi dan rendah. Ia kelihatan semua sama tinggi dan kawasannya tidak berbukit. Saya sangat sukakannya, kelihatan seperti lakaran dalam lukisan.


Aku kemudiannya ke Pot Neuf iaitu di tengah kota. Ia cukup mempersonakan. Mata saya tertangkap ke arah arca patung berkuda yang menjadi tugu berhampiran jambatan. Aku mengiakan Paris sebuah kota yang dipenuhi arca manusia. 

Di sekitarnya juga banyak patung-patung seolah-olahnya ia seperti manusia yang bergerak di udara atau sedang terbang sekawan. Di sebabkan itu hanya sehari sahaja berada di sini, perkara itu menjadi sesuatu yang tidak asing, kerana saya sering melihatnya di segenap ruang dan tempat.


Di bawah jambatan ini kelihatan bot, kapal dan feri kecil pembawa penumpang melaluinya. Di sini aku menjadikan misi melambaikan tangan kepada penumpang kapal pengangkutan tersebut. 

Ia sememangnya cukup menyeronokkan apabila mereka yang menaiki bot itu membalas lambaian. Bagi aku ia merupakan satu misi yang menggembirakan kerana kesemua mereka yang membalas setiap lambaian ‘Bonjour’ aku hampir sepuluh orang bagi beberapa buah bot yang melalui terusan itu. Misi saya dikatakan berjaya! 

Selepas itu, aku mengambil peluang menaiki bot itu pula. Ya! Sesiapa sahaja ke sini pasti mengambil peluang menaiki bot menyusur terusan sambil meninjau kota.


Kami kemudiannya ke Les Halles – Le Marals dimana saya dapat melihat Eifel Tower – Pont De Bir Hakeim daripada jauh. Menara Eiffel kelihatan mempersonakan, walaupun bukan pada waktu malam.


Di Les Halles kami mengamati kawasannya yang dikenali sebagai pusat dagangan di Paris sejak 1970 an itu. Dimana ia menghubungkan perdagangan penting dan terbesar di Eropah, namun ia menjadi sejarah peninggalannya apabila Les Halles digantikan dengan Forum des Halles dimana ia kini merupakan Pasar sentral Paris bertempat di pinggiran selatan negara itu.


Kemudian aku melalui Place de La Concorde. Ia terletak di hujung Champs-Élysées, dan dibangunkan sebagai "Place Louis XV", situs guillotine yang terkenal. Obelisk Mesir adalah monumen tertua Paris. 

Di tempat ini terdapat dua bangunan batu dimana di bahagian timurnya adalah Kementerian Laut Perancis, dan di bahgian baratnya adalah Hôtel de Crillon. Place Vendôme terkenal kerana ia merupakan hotel mewah (Hotel Ritz dan Hôtel de Vendôme) dan menempatkan kebanyakan kedai berlian di situ. Banyak pelancong yang kaya menghabiskan masanya dengan berbelanja dan menginap dihotel mewah dan tertua di Kota Paris ini.


Di sana juga kami berkesempatan melewati Grande Roue de Paris Wheel iaitu roda bergerak terbesar di dunia. Namun, saya dan beberapa rombongan yang lain membuat keputusan untuk tidak menaikinya. Biarpun kata orang, aku mampu melihat keseluruhan Paris semasa berada di atasnya. 

Namun, aku berfikir ketakutannya itu mungkin berganda berbanding dengan apa yang saya lihat di hadapan mata.


Biarpun aku tidak menaikinya, aku masih lagi berpeluang memberi makan biji matahari yang di jual oleh peraih di tepi jalan, kepada burung-burung merpati jinak di situ.


Kemudiannya, rombongan kami terus ke Canal St Martin – Place De La Repaublique. Kami duduk di bangku itu sambil berbual-bual dan melihat orang yang lalu lalang di situ. Ada sebahagian rombongan pergi ke kafe menikmati minum petang.


Lewat petang itu, sebelum pulang ke Hotel, kami singgah di Pont Alexandre III – Arc De Triomphe. Tempat ini penuh dengan ‘deep history’ sebelum Revolusi Perancis. Dimana Napoleon ingin membina bangunan kerajaannya yang tidak sempat siap, dan hanya pintu gerbang ini menjadi symbol dan mercu tanda kejayaan Napoleon dalam beberapa peperangan yang dimenanginya. 

Malah apa yang lebih mengejutkan, di bawah pintu gerbang ini telah menempatkan beribu prajurit Perancis yang tidak bernama terkorban di dalam peperangan dimakamkan di sini. Ia menimbulkan perasaan tidak senang beberapa rombongan untuk melewati kawasan tersebut.


Juga ada beberapa simbol lain Revolusi seperti dua Patung Liberty yang terletak di Île des Cygnes di Seine dan di Kebun Luksemburg, dimana versi besar patung ini telah dikirim sebagai hadiah dari Perancis kepada Amerika tahun 1886 dan sekarang berdiri di pelabuhan New York City.


Kami kemudiannya ke Avenue des Champs-Elysées yang merupakan taman abad ke-17 yang diubah menjadi jalan yang menghubungkan Concorde dan Arc de Triomphe. Ia merupakan salah satu tempat perhatian bagi pelancong di Paris. Jalan ini mendapat jolokan ‘La plus belle avenue du monde’ iaitu jalan terindah di dunia. Kami mengabadikan gambar-gambar kami di kawasan ini.


Kemudiannya kami pulang ke Hotel untuk beristirehat dan makan. Malam itu ada diantara kami keluar bersiar-siar lagi di kota itu, namun aku mengambil keputusan untuk berehat dan tidur lebih awal kerana menjangkakan waktu lawatan kami agak padat. Kerana pada hari berikutnya adalah hari kami pulang ke tanah air. Jadi masa yang ada malam itu, aku gunakan untuk merehatkan diri dan tidur secukupnya untuk mengelakkan keletihan.


Melihat matahari terbit dari kamar hotel membuatkan aku terpegun. Keindahannya memukau dan ia lebih cantik berbanding yang dirakamkan menerusi filem atau video dan medium lain. Aku menikmatinya sambil membuat secangkir kopi instant. Walaupun aromanya tidak sehebat kopi Paris, namun aku selesa dan berasa sudah cukup gembira. 

Meladeni matahari terbit sambil menikmati kopi dianjung hotel cukup memuaskan hati. Hati juga menjadi besar, mulalah datang beberapa idea. Aku berpendapat, ia hebat, sekiranya seorang penulis mahu menghabiskan novel atau naskah skrip filem mereka di sini. Dalam erti kata lain, ia memandu kita ke arah pemikiran kuning. Iaitu percambahan idea segar dan bagi aku ia sangat menakjubkan!


Selepas semua rombongan bersiap, kami turun untuk menuju ke Avenue Montaigne bersebelahan Champs-Élysées. Di sinilah syurga beli belah bagi pakaian dan barangan berjenama hebat seperti Channel, Louis Vuitton, Dior dan Givenchy. Jika mahu masuk ke butik pula perlu beratur. Aku mengambil keputusan untuk memasuki sebuah kedai melihat-lihat rekaannya. Jika harganya disini setelah di tolak harga euro RM8,000  namun, di Malaysia harganya pasti mencecah belasan ribu.


Di perkarangan ini aku melihat kejayaan orang Perancis memperdagangkan barangan mereka. Sehingga ia dikenali di seluruh dunia. Biarpun kebanyakan jenama lain tumbuh bagaikan cendawan, namun jenama yang dihasilkan dari negara ini cukup menjadi kegilaan dan masih sangat popular sehingga ke hari ini.


Selepas itu, rombongan kami ke tempat pameran koleksi seni di Musée National d'Art Moderne yang terletak di dalam Centre Georges Pompidou. Ia meliputi koleksi seni dari pelukis terkenal negara itu seperti Matisse, Miró, Picasso dan Kandinsky. Malah, ada juga koleksi lainnya termasuk dekoratif seni, sejarah, industri, literatur, mebel, lukisan, fotografi, seni patung dan arkitektur.


Ya. Aku sekali lagi merasa sangat berpuas hati dan ingin berterima kasih kepada rakyat Perancis kerana menciptakan tempat seni dan menghasilkan kesenian yang tinggi mutunya. Kotanya juga dibina dengan kesenian yang sungguh cantik. Walaupun begitu, bukanlah semuanya dapat diabadikan, kerana patung-patung yang dihasilkan mereka kebanyakannya separuh bogel dan tidak sesuai untuk dikongsikan di sini. 

Bagaimanapun, seni mereka tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Kami juga tidak melepaskan peluang melihat potret Monalisa. Di mana potret itu walaupun cukup sederhana bagiku ia punya satu pengertian yang hanya dapat diungkapkan oleh pelukisnya sahaja.


Kemudian kami ke Montmartre. Montmartre merupakan wilayah bersejarah Butte, iaitu rumah bagi Basilique du Sacré-Cœur. Montmartre memiliki sejarah berkaitan pelukis dan banyak studio dan café didirikan untuk pelukis di sana.


Di Montmartre saya sempat membeli hasil lukisan pelukis disitu. Walaupun ia merupakan lukisan dari cat minyak bersaiz B4 sahaja, namun ia sudah cukup membuatkan aku sangat puas hati, kerana gambaran lukisan orang yang berada di sekitar menara Eiffel itu cukup mempersonakan. Aku juga sempat memberli cenderahati untuk sahabat handai iaitu replika Menara Eiffel dan rantai kunci.  


Rombongan kami meneruskan perjalanan dan kami mengambil keputusan untuk menaiki bas persiarannya melawat bandar di sekitar Paris.


Ketika ini, saya melihat sudut pandangnya sangat menarik. Melihat kehebatan dan kesenian bandarnya adalah sesuatu yang baru bagiku. Ia berhasil apabila mengelilingi kotarayanya sambil melihat manusia ibu kota sedang berjalan menuju ke destinasi masing-masing. 

Ya, mungkin kita akan berasa lebih bebas dan selesa apabila berada di atas bas mini yang disewa khas dan hanya rombongan kita sahaja berada di atas bas mini berkenaan. Namun, ia menjadi tidak penting kerana kami perlu menyimpan wang untuk membeli beberapa barangan lain untuk diabadikan.


Kami melewati pula Notre-Dame de Paris yang megah ini terletak di jalan Ile de la Cite wilayah Paris. ia di buka pada tahun 1163 tetapi tidak selesai hingga tahun 1361. 

Menurut sejarahnya lagi ia tidak relevan selepas revolusi. Bangunan ini telah menjadi subjek dan banyak perubahan dan perbaikan demi pembaikan selama bertahun-tahun termasuk penambahan yang gargoyles dan patung oleh arkitek Eugene Voillet le-Duc,yang terkenal dengan novel Victor Hugo. Novel itu diterbitkan pada tahun 1831 berjudul Notre-Dame de Paris atau nama lainnya The Hunchback of Notre Dame.


Kemudian, kami ke taman yang tertua dan terkenal di Paris iaitu Kebun Tuileries. Ia dibina sejak abad ke-16 untuk istana di tepi Seine dekat Louvre dan bersebelahan kiri Kebun Luksemburg. Kebin itu masih terpelihara dan sangat bersih dan teratur. Kami rombongan mengakui berasa tenang dan nyaman apabila berada di situ. Seperti biasa kami turut mengabadikan foto-foto yang cantik di situ.


Akhir sekali kami ke Plaine Saint-Denis di utara arondisemen ke-18. Ia sepanjang jalan lingkar (Périphérique) dan merupakan bekas wilayah produksi yang telah menjalani pembaharuan urban berskala besar dalam 10 tahun kebelakangan ini. 

Ini merupakan daerah yang sangat maju dan kemajuannya standing dengan negara maju yang lain. Daerah ini memiliki Stade de France di sekitar tempat dimana ia sedang menjalankan perniagaan baru LandyFrance dengan mengatur bangunan pencakar langit yang moden termasuklah beberapa studio televisyen Perancis dan juga beberapa studio filem terbesar di negara itu. 


Aku cukup berpuas hati dengan lawatanku ke bumi Perancis ini. Diharap ia akan menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang masih belum menjejakkan kaki ke sini.

Sampai berjumpa lagi di entri yang lain, Bonjour!

Saturday, November 15, 2014

unlimited colors

Share everything
hard experiences!
Like a melody and harmony...

Saturday, July 19, 2014

Monolog qiam




Qiam. Masih diberi peluang bersujud di ramadhan yang bersisa.Tatkala itu.. pemikiran serakahku masih galak berfikir apa balasan yang diterima dari laku pengibadahan! Ah! Manusia memang begitu mengharap balasan. Aku?? Kau?? Balasan itulah yang kita selalu fikirkan. Dan inilah penyakit hati bagi manusia yang bukan benar benar zuhud pada tuhannya! Sedang ramai yang terlupa, lupa hanya Allah yang berhak memutuskan perkara pembalasan itu. Malah yang sedar hanya bilangan sedikit sahaja (agamawan) yang sudah mencapai tahap sahabat para wali. Namun ada juga yang menilai diri sendiri itu baik selain dari Allah yang memutuskannya. (Subhanallah!!!) Allah Maha Mengetahui! Ya aku dan banyak mereka terlupa...Kita hanya perlu ikhlaskan hati untuk mendapat kemanisan iman sebenar dan kewajipan yang tidak membutuhkan balasan! Ya Allah...maafkan segala lakuku menerjah keserakahan pembalasan dariMu. Ya Allah!!! Malu aku malu untuk bermohon padaMu. Walau aku tahu tidak layak untuk bermohon padaMu dengan segala apa yang telahku lakukan sehari-hari ini, namun aku cuma ada kamu. Ya! hanya padaMu satu satunya tempatku menadah dan bermohon. Kerana sifatmu itu maha pemurah lagi mengasihani. Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini dan aku sememangnya mahu jalani ramadhan lagi, kerana bekalanku belum cukup! Belum cukup!