Friday, December 21, 2012

Adanya kamu

Cukup kamu tahu tiada siapa dapat melihatnya sekalipun melalui angin. Kamu ketawa yang tidak mahu behenti. Kini kamu mengerti bukan, mengapa aku tidak mahu berpaling.Pada terakhir kali itu juga aku lihat ada senyuman dan aku yakin masih ada harapan. Ya, secerah mentari pagi. Cerah yang tidak berbelah bagi kepadaku. Walaupun ada ketikanya mentari tidak memancar cahayanya melalui pepohonan kerana gangguan hari mendung. Percayalah kamu telah mencerahkan hidupku. Seperti dari pancaran cahaya bulan malam kepada cahaya matahari pagi yang bermahkotakan embun. Dan, aku tidak akan bimbang sekiranya ia cair di matahari terik yang menghangatkan. Kerana ia adalah cinta, sekali gus membuang kelibat beku yang dingin tanpa cinta. Tiada kamu seperti tiada telefon...sunyi hidupku..sunyi tanpa cinta. Seperti pokok yang mekar tanpa ditiup angin. Yang tinggal hanya buah- buahan yang jatuh, memburuk. Hari ini aku menggali jari kaki ke dalam pasir. Lautan kelihatan seperti seribu berlian bertaburan di selimut biru. Aku bersandar pada angin dan aku gembira pada masa ini, berkeadaan seperti ini. Aku hanya ingin kamu berada di sini. Bersama aku disini. Berbaring aku, bebas di pasiran. Langit menyerupai sebuah teduhan..dan sangat mengharapkan kamu disini bercerita dan menghidupkan hariku. Kalaupun hari kita tak kesampaian, aku berdoa agar didunia lain kita akan membuka cerita bahagia. Oh, sememangnya cinta adalah menyakitkan .. tetapi kadang-kadang ia bagus, kerana berasa seperti jiwa yang hidup. Dan ia mengingatkanku bahawa aku masih punya hati walau untuk perkara yang menyakitkan...

Sunday, December 16, 2012

Wau putih tinggalan bapa




Wau putih terbang tinggi.. adik menjerit minta wau melayang lebih tinggi. Aku akhirnya menyerah, mengiakan.. Tetapi lama kelamaan wau tidak kelihatan. Rupanya ia sudah tersangkut di balik pepohonan hutan. Adik menangis... menangisnya tidak mahu berhenti. Aku cuba memujuknya dan menjanjikan satu wau bulan lain untuk dilayangkan sekali lagi di awan kepul..namun adik menggelengkan kepalanya. Tangisnya juga tidak reda. Malah semakin kuat dan melampau bentakannya. Aku bersamanya mencari arus tali. Mengikut petanda itu, aku nekad memanjat pokok nibong untuk menenangkan sedu tangisnya. Aku memujuknya setiap kali dengan kata-kata..'Sabar dik..walau emak sudah tiada.. abang akan mendapatkan wau putih ini untukmu'... Biarpun semakin tinggi memanjat, aku bertahan untuk mendapatkan permainan tinggalan ayah. Biarlah sudah seakan beribu duri nibong yang bercerucuk menembus celahan daging kakiku.

Friday, December 14, 2012

Di diskriminasi




Jika aku berputus asa pada diri, pada kamu melawan apa yang benar, maka kita tidak akan pernah kekal diam dan aman. Malah Allah akan membiarkan, tidak menjaga keutuhan imanku. Berpautlah kembali padaku, aku akan memegang keluar tanganmu. Jangan pernah meninggalkanku biarpun hidup kita, di diskriminasikan. Aku dapat merasakan darah deras mengalir di pembuluh darah, walaupun urat nadiku hampir putus menjalani hidup kita. Apabila aku mendengar suaramu, aku memandu dengan menggila. Waktu demi waktu, hari demi hari di setiap malam yang sunyi aku duduk dan berdoa untuk kehidupan. Kita walaupun di pihak yang berbeza tapi kita terus bersama-sama. Aku dan kamu menjalani hidup yang penuh diskriminasi. Keganasan yang bukan kita cipta tapi untuk sesuap nasi. Melakukan perkara kekerasan setiap hari. Inilah hidupku, hidupmu.. walaupun berbeza dari mereka aku percaya kamu. Malah jika tiada siapa yang memahamiku, aku hanya ada tuhanku dan kamu. Biarkanlah mereka mendiskriminasikan kita. Ku harap kita terus bersama- sama walau menjalaninya di pihak yang berlainan. Kita harus hidup. Kau juga perlu bertahan disini Berhiduplah kita dengan baik. Kau hidupku, biarpun kehidupan kita, di diskriminasikan.

Thursday, December 13, 2012

cinta gelandangan



Malam ini berbulan dilangit...adalah bulan yang mencuri tidurku.. Di malam aku jatuh cinta dengan orang yang sedang tidur.. aku letih, tidur di lautan emas. Mata kamu juga kelihatan basah. Maaf, aku tidak bermaksud untuk membuat kamu menangis..Tetapi perasaan ini akan jujur berterusan. Sepanjang malam aku hanya akan membuat kamu menangis. Ya, dengan perasaan ini seluruh malam. aku jatuh cinta dengan orang yang sedang tidur .. seluruh malam .. aku memeluk tiang tempat gelandangan. Tidur, tanpa rantaian cahaya bulan di sekelilingku. Percayalah, aku tidak bermaksud untuk membuat kamu menangis. Aku tidak mahu sunyi tetapi hanya mahu bersendirian. Kita pernah melihat cahaya matahari dan silaunya pagi ini begitu terang daripada sebelum ini.

aduhhhhhhhhh......

Aduh sayang..ditelan pahit dibuang sayang...Pabila sudah mabuk kepayang hatiku rasa bimbang risau aduh risau..makin lama semakin kacau bila siang terbayang-bayang dimalam hari termimpi mimpi makin kulupa makin mendatang oh Aduh sayang - credit pada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Tarian kehidupan

Merentasi malam, bulan begitu cerah, malam begitu kelam merampas satu impian yang menuju akhir ... Berdiri aku di balik cahaya... mahu menghabiskan hidup ku untuk menyayangi kamu. Kamu hidupku. Aku jatuh dari kebangkitan lalu. segera bangkit lagi untuk memenangi hati kamu. Tidakkah ini disifatkan satu perkara mulia? boleh kamu merasakan kemuliaan itu? kita yang melalui kegembiraan, kita yang menjalani kehidupan melalui kesakitan...kita yang mampu bergerak ke dunia indah. Sekali lagi, ayuh...gapai tanganku, menari denganku di dunia yang berputar..aku ingin menghabiskan hidup aku dengan menyayangimu. Walaupun kita tahu kita tidak akan kembali kali kedua di dunia berputaran ini. Apabila ada cinta, kehidupan akan bermula dan berterusan lagi. Simpan kenangan malam.. Simpan cinta kamu, kerana cinta aku akan datang menemui kamu, sepanjang hidupmu.