Tuesday, November 6, 2012

Mujahadah

Tiada hujan yang akan berhenti,
Tiada subuh yang mendatang,
besok sehari lagi..
berusahalah..

Sememangnya rapuh kelopak mawar,
namun keharumannya dapat melenyapkan bau hancing kekejaman..
Ketawalahhhhh...
kerana tentu saja ada hari kau akan menangis

Tiada lagi bulan seindah dulu,
tiada siulan camar bernyanyi
hanya suara ketakutan kedengaran.

Gerbang kebesaran akan menyinggah
menular masuk di segenap ruang jiwa mukmin yang kental
menghayun pedang untuk tuhanNya.

Perkahwinan merupakan pengharapan






Aku pernah alami hidup untuk berkeseorangan tetapi berasa ia mesti tiada keseronokan dalam hidup. 

Apakah itu perkahwinan? Apakah itu kebahagiaan? Apakah itu dinamakan sebuah kehidupan jika tidak dapat membuat kita rasa bahagia atau derita?

Berkahwin, punya keluarga.. punya anak membuatkan aku berfikir akan timbul banyak masalah.  Cinta orang.. dicintai orang, maaf orang.. dimaafkan orang...namun, itulah hakikatnya sebuah kehidupan.

Benar, punya keluarga itu baru ada ketawa dan tangisan dalam hidup.. perpisahan sementara sehari hari adalah relistik dalam kehidupan. Oleh itu kita mesti terus menjalani hidup...

Dapat hidup bersama orang yang dicintai adalah hal yang paling menggembirakan.. syabas di atas semua perkahwinan.

Semua wanita ibarat permaisuri semasa dia berkahwin dan akan memegang status itu disamping rajanya sehingga hujung waktu.. aku rasa perempuan itu tetaplah perempuan tidak kiralah berapa umurnya. Dia akan selamanya mahukan tempat bergantungan. Bukanlah tanda dia itu lemah tetapi dia itu butuhkan keselamatan sebagai melindungi dirinya.

Mengimbas kembali kehidupan.. aku fikir ia adalah satu impian.. kebahagiaan akan berlaku di setiap ruang, ceruk, tempat dan waktu tanpa mengira saat dan jamnya. Aku juga mahu hidup bahagia seperti ibu dan bapa.

Bagiku, perkahwinan itu ada banyak kemungkinan yang akan berlaku, banyak perkara yang sama sekali tidak kita duga...maka, hanya perlu teruskan hidup. Terus jalaninya dengan sebarang kemungkinan yang mendatang!

Namun, dapatkah kita memahami seseorang? Mempercayai seseorang juga adalah perasaan sayang. Sebab hanya suka barulah mahu berkahwin..itu saja.
Perkahwinan adalah perjudian yang tiada jaminan.

Kita mahu berikan kebahagiaan pada dia, tapi kadangkala kita tidak sempurna.
Oleh itu kita seharusnya mesti lebih berusaha, yang paling penting adalah mempunyai hasrat untuk memberikan kebahagiaan pada pasangan kita.

Bukankah yang paling penting memilih jalan yang tidak menyesal sungguhpun kita berbeza fikiran?

Tak bolehkah kita berkahwin kalau mempunyai fikiran dan pendapat yang berbeza? Adakah mudah kalau kedua dua mempunyai fikiran yang sama sekali gus mendapat kebahagiaan? Adakah kalau kedua tidak serasi, macam mana berusaha pun akan sia-sia saja?

Bukankah kalau membuat perkara yang tidak serasi menjadi serasi adalah lebih baik? Ya jika kita
mengembangkan sifat kita yang sedikit serasi itu adalah lebih baik...Dapat memberikan kebahagiaan pada orang tercinta adalah perkara asas. Namun jika dia tidak bahagia perlu lepaskan. Hanya perlu doa sungguhpun dia tidak bersama kita.

Salahkah fikiran seperti ini? Semua orang punyai pandangan berbeza. Sangat cinta pihak lain juga,
demi kebahagiaannya adalah memikirkan jalan perpisahan dengannya demi kebaikan pihak itu.

Aku pada awalnya tidak pernah mempertimbangkan fikiran sesiapa dan aku tidak akan pernah menyesal atas segala keputusanku.

Semua orang mempunyai nilai hidup yang berbeza tapi kalau sudah putuskan ingin berkahwin mestilah berusaha bermula dari sekarang.

Mesti memecahkan pandangan nilai hidup kita, untuk membentuk nilai hidup yang baru..iaitu Impian untuk mengubah diri sendiri dalam suasana kehidupan yang baru.

Berfikir dengan lebih dalam...Kita bertanggungjawabkah? kedai surat khabar tak pernah berhenti dari diterbitkan jadi aku perlu siapkan sisa kerjaku.

Friday, November 2, 2012

Novel : Abad lalu


WATAK- PERWATAKAN

ARMAN


Merupakan cicit kepada teman seperjuangan Tok Janggut yang terbunuh akibat pertempuran dengan pasukan British. Oleh sebab yang demikian, sedikit darah pejuang telah meresapi kedalam tubuhnya. Arman juga merupakan bekas graduan IPTA. Pekerjaannya tidak menentu. Dia antara pesilat cekak Hanafi dan penggemar seni yang bersemangat dan boleh dikira sebagai seorang yang berjaya. Dia mempunyai pengikut dengan membuka cawangan silatnya di Kuala Lumpur. Berumur 27 tahun. Dia adalah anak sulung dari dua beradik dan telah dibesarkan dalam suasana sederhana. Mempunyai cita- cita tinggi untuk berjuang dengan cara tersendiri serta seorang yang tetap pendirian. Seorang yang baik hati dan merupakan dermawan, diatas kemewahan yang ada padanya. Dia pandai mengumpulkan harta. Namun, dia telah terlibat dengan kemalangan yang serius serta mengakibatkan kematian yang mengerikan. Kunjungan rohnya ke dunia adalah untuk melewati tempat- tempat bersejarah yang dahulunya menjadi kawasan medan peperangan iaitu segala macam peperangan yang berlaku di seluruh dunia. Dia seorang anak yang soleh, di mana, dia telah mendapat sedikit dari balasan amalan yang dilakukan semasa hayatnya.





ARINA

Adik kepada ARMAN. Seorang yang sangat sederhana. Sangat taksub terhadap fakta serta tidak menggemari aktiviti kesenian. Dia juga merupakan salah seorang penuntut Universiti tempatan (bumiputera). Dia antara orang yang dapat berhubung dengan abangnya dengan cara didatangi mimpi yang berpesan sebanyak dua kali. ARINA meratapi kematian abangnya juga ingin membuat sesuatu (meletakkan batu nisan marmar) pada kawasan tempat persemadian abangnya sebagai tanda memperingati si mati. Namun, hasrat itu dihalangi abangnya yang datang berpesan melalui wasiat mimpinya.  

KURT

 

Orang yang telah membuat rancangan untuk ‘langgar lari’. Dia adalah seorang mekanik. Demi untuk melariskan bengkel kereta di salah sebuah tempat di Kuala Lumpur, dia telah berpakat dengan anak buah mekanik- mekanik lain dan cuba merancangkan untuk merosakkan kereta di jalan raya sekitar Kuala Lumpur. Percubaan lain tidak mengalami masalah sehingga cubaan kelapan, dimana dia telah mengakibatkan kereta kemalangan. Apa yang dikesalkan, KURT telah menjadikan kemalangan itu sesuatu yang begitu tragis, iaitu telah melanggar mati kereta yang dihimpitnya. Dia juga telah mengakibatkan Arman menjadi arwah dengan serta merta. Walaupun begitu, roh mangsa tidak mengganggunya atau berperang sesama mereka, tetapi menemuinya dalam perjalanan yang sama sambil menyuruhnya memberi pesan pada mekanik lain supaya tidak membuat perkara yang sama seperti yang dilakukannya hari ini demi mendapatkan nikmat dunia dengan jalan yang mudah. Ia sangat mengesankan bagi KURT. Walaupun ia terlalu ringkas, namun, ia mampu untuk memberi KURT kesedaran untuk tidak melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan. Namun, ia tinggal anganan kerana, hubungannya antara manusia tidak lagi dapat disempurnakan dengan baik. Dia hanya layak membawa pesan melalui mimpi sahaja. Dia juga berusaha mendapat ketenangan namun, sangat sukar. Dengan perbuatan gangguan rohnya yang berduka lara tanpa ketenangan yang sempurna telah menyebabkan berlakunya gangguan- gangguan yang dilakukan olehnya keatas sesetengah manusia yang melalui kawasan berhampiran tempat dimana dia terbunuh.


Salah seorang cicit dari keturunan teman seangkatan Tok Janggut di Kelantan, iaitu Arman merupakan seorang guru muda yang berkemahiran dalam seni silat. Walaupun, dia sering ke Kuala Lumpur, namun dia tidak menetap disitu. Dia sering berpergian ke beberapa tempat lain dan akan singgah di resort atau rumah tumpangan untuk beberapa hari. Kerja yang dilakukan oleh Arman sangat menuntut kepada kerjayanya sebagai seorang yang sangat penting. Dia juga telah menunjukkan semangatnya dengan mempelajari seni mempertahankan diri yang lain seperti Tae Kwon Do, Judo, Karate, Tomoi dan Muay thai daripada rakan dalam lapangan yang sama disamping memperkongsikan ilmu yang ada. Sementara itu dia juga mempunyai minat dan tujuan yang lain untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam segenap segi. Melukis, menulis dan beberapa kemahiran praktikal yang bersangkutan dengan kerja dan aktiviti yang merangsangnya kearah bidang kesenian, adalah merupakan hobinya dikala mempunyai kelapangan. Sudah menjadi kebiasaannya, untuk mengkaji dengan sejelasnya mengenai fakta- fakta peperangan. Contohnya seperti strategi dan tempat persiapan yang dilakukan dalam perang khandak, Uhud dan Akhbar. Manakala dari segi peralatan perang, dia telah mengkaji sedikit sebanyak dari jenis peralatan perang dunia kedua keatas penaklukan kuasa serta penglibatan pembedilan perang pearl Harbour ke atas Jepun. Pada suatu masa ketika berada di Kuala Lumpur, kerana terlibat dengan seminar persatuan seni bela diri anjuran teman- teman seangkatan, dia telah singgah ke perpustakaan negara untuk membuat kajian keatas perang- perang di negara nusantara. Pada masa yang sama, dia telah terlibat dalam kemalangan. Dari situ dia telah merentasi dunia baru. Di mana hasratnya sudah terkabul sekaligus iaitu untuk ke negara dan kota yang dilanda perang seperti perang Kusamba, Manggung, Siak, Wangkang, perang Salib, Uhud, Khandak, perang dunia kedua, Vietnam dan sebagainya yang melanda di pelusuk dunia itu sudah dapat dijejaki. Walaupun sebelum ini terlalu sukar untuknya mengembara disebabkan kekurangan modal. Di situ dia dapat menghirup sejarah peperangan itu sendiri walaupun bumi tersebut sudah kering bermandikan darah pejuang- pejuangnya. Dia juga secara tidak langsung dapat mengenal banyak jenis ragam manusia yang sudah kehilangan jasad (roh) kerana dia juga sedang berada di alam roh. Walaupun begitu, dia tetap tidak dapat lari dari dosa- dosa yang telah dilakukannya. Oleh yang demikian, dia telah melewati sedikit keseksaan yang setimpal dengan apa yang dilakukannya di atas muka bumi tuhan. Jadi benarlah janji Allah didalam Al- Quran.




Semasa mencari kajian dalam perpustakaan Arman membaca tentang Pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki.
Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia. Kejayaan Jepun menjadi pendorong kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan.

 

MONOLOG KURT

Kesakitan yang aku rasai kini semakin memuncak. Aku kekeringan didalam sini. Aku inginkan sesuatu yang menyamankan dan menyelesakan. Namun, aku tidak mampu menahan dan melawan. Aku tidak merasakan ini adalah jalan pintas yang baik untuk menanti hari pembicaraan. Ia masih terlalu lama. Siksaan yang kutanggung ini tidak dapat tertahankan. Aku tidak mampu bergerak walau sejengkal. Ya aku masih samar. Waktu tidak berapa lama aku disini, permulaannnya adalah sebuah pengertian yang sungguh dahsyat. Bagaimana pula dengan pengakhirannya? Mengapalah baru kini aku menyesali sesuatu yang telah ku terlanjurkan dulu. Kepastian ada dimana- mana ketika itu. Namun, aku masih merasakan bahawa rumusan yang berlegar disekitarku waktu itu hanyalah ringkasan yang tidak bermakna.  Seringkali ia terterjah keluar apabila disula rasa bersalah. Ya, aku kini disula rasa bersalah. Terutama padamu tuhanku. 


Suasana di sekitar kawasan perkuburan sekitar tahun 90-an itu tenang dan sunyi. Terdapat gambaran perkuburan yang jelas membuktikan kedudukan baik. Ia berselerak. Manakala setengah darinya sangat tersusun dan penjagaannya juga begitu rapi. Namun, di zaman ini sangat jarang kubur yang tiada perapian nisan diatasnya. Kesemuanya ukiran setiap dari kubur ada sesetengahnya tidak tersusun deng gua di Selatan China itu banyak

Antologi Puisi 2



TIDAK HIRAU


Asal jasadmu bersebelah
takkan ku hirau kemana hatimu.
Biar ia melayang, segenap rasa yang kau tahan.
Aku tetap mahu berdampingan
Mengukir senyum,
mengalun rindu yang semakin kemendang.
Namun, pesanku…
Jangan kau biar hatimu nanar begitu.
Ungkapan cinta jangan dijaluri dengan
Sampan yang patah dayungnya.
Mungkin kau masih ragu untuk menerima
Namun, itu bukan alasan untuk kau terus meladeni
Segala telatah beruk- beruk yang berkemih
dan sering mengembara.
Akibatkan kubra,
kecundang hilang hala.




BERAKHIRNYA  MEDITASIKU



Kau maksudkan meladiku untuk apa..
Adakah aku dari rumusan meladi bagimu?
Aku selama ini bermeditasi.
Adakah satu kesalahan bagiku untuk keluar bersiaran?
Meladeni kau untuk beberapa kali
membuat aku mudah tersungkur,
walau kau berasa aku fakir tersohor.
Jangan kau berlagak megak,
kerana gumpalan keributan
yang menguasai mindaku sudah terkuak.
Emosi sedang berkerunyut,
menanti tiba masa untuk koncah.
Kemarukmu bukan kemasan bagiku.
Walau keruit menggomoli pembuluh darahku,
aku tetap meladeni kekuatan pada persiaran
selepas pengakhiran meditasiku.                                                       
           



MAJISTRET


Banyak perkara telah menjadi asbestos.
Ya, kita tahu senarai bajingan…
menyanyi riang sambil melontar kezaliman.
Kita hanya mampu menonton wayang perang.
Kita percaya...
tiada terminator tanpa permulaan,
namun, kita jangan hanya tahu
memikir senyonyong sebagai penamat masalah,
kita harus jalani kehidupan dengan terus
tanpa melanggar aturanNya,
serta meminta manfaat tuk kemudahan jalan laluan.
 Reduplikasi tetap berlaku.
Walau kita hampir mengenal
namun, payah untuk minoriti.
Mereka mengejar,
tetapi bukan bayang- bayang perjuangan.
Mereka meniru
tetapi bukan untuk kemajuan.
Fikirkan…apa yang kita dapat untuk masa hadapan?
Adakah dari sebuah
Natus melukut?
Bersegeralah…minoriti sudah di ambang…
Jangan hanya menjadi mandur tidur.
Jadilah majistret yang adil.



BIARKAN



Kepedihan hati mengakar
bagai lontaran kerambit didada.
Apa? Kacau pandangan orang- orang
Ah.. biarkan mereka yang menuntun dengan basikalnya
Kita jangan hanya serong tapi menilai rasionalnya.










KEADILAN BAGIKU


Aku mahu berseorang.
tetapi bukanlah keseorangan.
Jangan mulakan pengawalan,
culas aku menggaulimu.
Pelayaranku belum meluap,
hanya berhawa dingin.
Betah aku meladeni sekiranya
Ia berhasil.
Aku belum cukup dinamik.
Namun, sekiranya kau mengerti
Kebangkitan akan menyebelahiku.
Itu caraku…tiada ruang lain bagiku
Aku bukan sempurna
untuk mengatur penyudah yang bermakna,
untuk meyakini ratifikasi.
Namun, kau tidak akan pernah lena,
sering becerita tentang perkahwinan.
Namun, kewangan masih belum utuh!
Maaf
Aku bukan bermaksud supaya kau terus terlena
Namun, sesuai untuk masa yang terhad.
Aku tidak suka beraku- akuan.
mungkin takdir akan berpihak.
Harapanku…
Asal kau menjengah seketika itu keadilan bagiku.