Sunday, July 15, 2018

Doa Pencari Tuhan



Ya tuhanku, 
berikan daku tetap dalam ketaatan padaMu
menjadi seorang yang benar, 
wanita yang sabar dan khusyuk.
Yang sentiasa menjadi pemurah, 
dalam memberi sedekah
juga yang senantiasa menjaga kehormatan 
serta maruah keluargaku.
Menjadi seorang hamba 
yang banyak mengingatimu
Jesteru, sediakanlah pahala berganda buatku
Sesungguhnya hanya engkau 
tidak pernah memandang rupaku,
tetapi melihat sejauh mana 
jantungku berdetak 
merinduiMu

Saturday, July 7, 2018

Bagaikan Sungai Mengalir


Di keheningan malam,
duduk bersimpuh 
mendengarkan alunan suara lembut dan indah, 
bagaikan sungai yang mengalir
sungai biru berlian
sucinya ibarat sungai susu di syurga
tenang menyusup ke jiwaku
lantunan gemersik suara taqwa itu 
selamanya akan
mengalirkan laju air mataku.
Sekali lagi 
perasaan ini tidak akan pernah berhenti. 
Yang sentiasa bercampur baur, 
tenang bersama sayu,
sehingga telah menggetarkan jantungku, 
sehingga berombakkan dadaku 
bahkan menggigilkan seluruh tubuhku.
Ya, 
ayat-ayatul quranul karim inilah 
yang mampu menggetarkan jantung 
sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Terima kasih Allahku 
terima kasih bagi nikmat tenang ini.

Friday, June 15, 2018

Kekasih Syurgawi



Berkasih denganmu 
yang sentiasa segar dan kekal muda.

Beredar mengelilingiku 
bersama mangkuk 
dan piala dari air yang jernih.

Hidangan minuman yang menyenangkan 
tanpa rasa mabuk dari tangan mutiaramu.

Dirimu yang tampan, sopan dan mempersona
laksana mutiara yang bertaburan, 
kekal selamanya di sisiku.


Friday, May 18, 2018

Promosi Hebat Buku Alternatif/Indie



Assalamualaikum kepada semua. Hi there...

Sempena Ramadhan ini, syarikat penerbitan Wanna A.R Publishing akan membuat promosi bagi dua buah buku yang masih berbaki. Pembaca berpeluang meraih tawaran promosi hebat buku ini dengan membeli satu percuma satu sementara stok masih ada.Stok buku di atas iaitu Salju Timur (2017) dan Antologi Puisi Cheritera Pembuluh Darah II (2007) sememangnya cukup terhad. So, cepatttt....

Pembaca yang mahukan stok karya alternatif ini, boleh terus WhatsApp nombor tertera 0102226002 dan boleh terus PM,atau DM penulis di rangkaian blog ini, email ke wanna.ar@gmail.com/ wnahyde@gmail.com atau di media sosial, laman mikro Twitter: WannaAR atau Instagram (IG): @wannahyde.

Manakala bagi tiga buah buku karya penulis WannaAR juga boleh ditempah terus juga di rangkaian media sosial terbabit.

Diskaun sebanyak 15% bagi setiap tiga buku tempahan iaitu Novel Abad Lalu (2009), Antologi Puisi Cheritera Pembuluh Darah (2005) dan Cerpen Cheritera Pembuluh Darah (2015).

So, apalagi, jangan fikir banyak untuk hanya ,mendapatkan salah satu daripada karya alternatif/indie anak Malaysia ini.


Jadi, tunggu apa lagi.....


Monday, May 14, 2018

Terima Kasih Hyde!




Akhirnya Hyde buat konsert semalam di Kuala Lumpur. 
Dengan suaranya yang dinamik, mampu memukau seluruh dewan MCA hall. 

Tercapai juga impianku selama 25 tahun Hyde berkecimpung dalam seni ini untuk melihat Hyde perform di Malaysia. 

Bukan dengan L'Arc En Ciel atau Vamps tapi secara solo dan itulah impianku sejak belajar di Uni (Uitm). 

Memang hanya mahu melihat Hyde perform solo. Jadi impian itu telahpun menjadi kenyataan. 

Semalam memang auranya sangat memukau malah suaranya sungguh menggetarkan jiwaku. Ya, kuakui, sejak belajar di Uni lagi (bersama fan fanatik yang juga amat meminati Hyde pada masa itu) jadi, lebih kurang 14 tahun lalu aku hanya mahu melihat Hyde beraksi solo. 

Alhamdulillah. Dan aku memang sangat berpuas hati. Hyde bukan sekadar penyanyi biasa namun dia merupakan seorang penghibur yang hebat dan cukup luar biasa. 

Malah, pandangan peribadiku buat Hyde juga, dimana dia merupakan seorang daripada penyuntik semangatku untuk terus berkarya. 

Mendengarkan melodi dan lirik yang dihasilkannya memberikan nafas kepadaku untuk melahirkan beberapa karya 'masterpiece'ku. 

Jadi, kuucapkan terima kasih buatmu Hyde, terima kasih yang tak terhingga. Tanpamu aku pasti tidak mampu menghasilkan karya independen dan alternatif yang unik. 

Buat Hyde, kamu adalah insan yang teristimewa dan amat penting dalam hidupku. 

'My heart draws a dream' lagu yang cukup indah dan lirik yang cukup bermakna bagi diriku. 

Begitu juga dengan 18 lagu dendangan Hyde pada malam itu, antaranya (Flower, Jojoushi, Winter Fall, Honey, Forbidden Lover, Shallow Sleep, The Cape Of Storm, Evergreen, Vampires Love, Secret Letter dan Hoshizora) yang mana ia masih segar dibenakku dan sentiasa menggetarkan jiwaku sehingga ke saat ini.


Dan lagu-lagumu itu sentiasa bermain dibenakku sejak 14 tahun yang lalu. Terima kasih sekali lagi Hyde. Aku sayang padamu, Aku cinta padamu. 

Semoga semangat untuk mengejar impian tidak akan pernah terpadam sehingga terputus nafasku. Biar ia membara di jiwaku.

Aku, Wanna peminat tegarmu selamanya.

Wednesday, May 9, 2018

Mimpi Indahku




Pagi ini melimpah cerah yang tenang
tiada duka, kusut cuma tenang
tenang yang tidak berbelah bagi
berenang jauh ke kolam matamu 
yang cukup dalam...
Dan,
terlihat senyuman itu, 
Ia mekar tersemat ke dalam jantungku
Mengalir terus ke relung jiwaku
Membentuk sebuah pengharapan yang kudus
Ya, ia nikmat dari dalam mimpi indahku.
Moga ia mampu ku tuntut 
pabila menjejakkan kaki ke syurgaMu, Allahku.

Menengadah Kepalaku Ke Langit







Saat ini hanya mahu rakaat 
biarkan masa ini berhenti
aku tak mahu mengira 
sehingga berapa ribu pun rakaat ini 
bakal dan mampu ku ulangi.
Biarkan ia menjadi jutaan 
sehingga putus nafasku.
Aku hanya mahu berhenti berdagang 
Mahu berhenti segalanya.
Tuhanku, 
Harta ini adalah milikMu
Nyawa ini juga milikMu.
Hanya mahu menghabiskan 
sebanyaknya rakaat 
Menengadahkan kepalaku ke langit, 
berdoa dan terus berdoa 
hanya mahukan pintu-pintu langitMu terbuka
Ya, mahu terus hanyut merinduiMu,
Allahku..tuhan semesta alam.